Home / About Us

About Us

Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

About BIZSiswa

Pendahuluan
Program BIZSISWA ini merupakan program kerjasama di antara Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan Johor Corporation (JCorp).

Melalui kerjasama ini matlamat JCorp untuk menerapkan budaya keusahawanan dan memberi pendedahan kepada pelajar IPT yang ingin menceburi bidang keusahawanan secara praktikal tercapai dengan jayanya.

Objektif
Di antara objektif program termasuklah:

Sebagai satu galakan dan motivasi kepada para pelajar IPT untuk menceburi dunia perniagaan.
Satu pendedahan kepada para pelajar tentang dunia perniagaan secara praktikal.
Persediaan kepada para pelajar untuk menceburi perniagaan setelah mereka selesai pengajian.
Menambah nilai para pelajar IPT dalam dunia perniagaan dan menceburi dunia perniagaan sebenar.
Menetapkan sasaran sebanyak RM20,000 seorang di akhir program ini.

Methodologi Program
Program BIZSISWA akan melibatkan penubuhan syarikat oleh mahasiswa/siswi untuk menjalankan perniagaan di IPT masing-masing.

Program akan dijalankan secara “modular” sepanjang 2 – 3 tahun (sehingga pelajar menamatkan pengajian di universiti) bagi setiap pengambilan. Program tahun pertama/modul pertama perlu diikuti bagi membolehkan program tahun kedua dan ketiga dilaksanakan.

Melalui usahasama ini, JCorp dan IPT akan bekerjasama menjayakan program BIZSISWA menerusi Jawatankuasa / Fakulti ataupun Unit Hal Ehwal Pelajar. Aktiviti BIZSISWA akan disokong oleh para mentor yang terdiri daripada mereka yang terlibat di dalam organisasi korporat/usahawan dan pensyarah pembimbing yang dilantik.

Setiap syarikat yang ditubuhkan oleh pelajar akan dibimbing oleh pensyarah / pembimbing Universiti yang dilantik oleh IPT untuk berperanan sebagai pensyarah / pembimbing.

Pensyarah Pembimbing terbabit hanya akan bertindak sebagai pembimbing dan tidak mempunyai saham dalam syarikat yang ditubuhkan. Penglibatan pensyarah tersebut adalah sebahagian daripada tugas dan diiktiraf oleh IPT.

Setiap Syarikat juga akan dibimbing oleh Mentor Industri yang dipersetujui oleh Jcorp. Tugas mentor Industri adalah membimbing Syarikat dalam aspek perjalanan operasi bisnes, pemasaran, pengurusan kewangan dan tataurus Syarikat secara teratur dan mematuhi setiap pematuhan yang ditetapkan.

Mentor Industri adalah yang terdiri dari kalangan usahawan yang telah berkecimpung dalam sesuatu industri dan terbukti kejayaan.

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.